Categories
SELANGOR

Kefahaman gender perlu capai pembangunan sosial, ekonomi & politik

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 8 SEP: Pusat Wanita Berdaya (PWB) DUN Gombak Setia bersama PWB Hulu Kelang menganjur Kursus Kepimpinan dan Kefahaman Gender untuk mencapai pembangunan sosial, ekonomi dan politik supaya rakyat bergerak ke arah lebih baik.

Menurut laman sesawang facebook PWB Gombak Setia, kursus bermula seawal 9.00 pagi hingga 12 tengah hari di Dewan Orang Ramai Kampung Klang Gate, 6 September lepas.

Difahamkan, sebelum ini, Pegawai Penyelaras PWB Selangor, Noor Sham Abu Samah, berkata kursus itu diberi peruntukan RM2,500 bagi setiap DUN untuk melaksanakannya.

“Ia bertujuan mencapai kesaksamaan gender rakyat dalam mencorakkan pembangunan dinikmati rakyat.

“Kursus itu juga mendidik wanita dalam pengurusan masa, perundingan, pengurusan stress, membuat keputusan, belanjawan, motivasi dan imej diri,” katanya.

Program PWB Gombak Setia dirasmikan Adun Gombak Setia, Hasbullah Mohd Ridzwan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.