Categories
SELANGOR

MB: Tambahan CCTV pantau Stadium Shah Alam siap Oktober

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 14 SEP: Pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di Stadium Shah Alam dijadual siap sepenuhnya pada Oktober ini, iaitu sebelum Piala Sultan Selangor.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memulakan kerja pemasangan lebih awal daripada insiden kekecohan sebelum ini.

Katanya, tindakan itu diambil sebagai salah satu langkah keselamatan di dalam kawasan stadium terutama melibatkan aksi penonton.

Stadium Shah Alam“Sebanyak 80 CCTV dipasang sebelum insiden itu lagi, menunjukkan bahawa kita memang mengambil berat hal melibatkan isu keselamatan.

“Kita jangka Oktober kesemuanya siap dipasang dan dapat membantu sekiranya insiden tidak diingini berlaku lagi,” katanya kepada pemberita.

Beliau ditemui sejurus selesai Majlis Peletakan Batu Asas Hospital Wanita dan Kanak-kanak DEMC (Darul Ehsan Medical Centre) di sini, hari ini.

Terdahulu, Datuk Bandar, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad berkata sejumlah RM2.2 juta diperuntuk bagi memasang 80 CCTV berkenaan.

Pada 8 September lalu, perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 antara Malaysia dan Arab Saudi dicemari tindakan penyokong membakar suar, bom asap dan mercun.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.