Categories
SELANGOR

Piala Malaysia: PKNS FC tekad tumbangkan P.Pinang

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 7 SEP: PKNS FC bakal turun dengan semangat juang tinggi bagi mencatat kemenangan ketika berdepan Pulau Pinang dalam perlawanan pertama saingan Piala Malaysia di gelanggang lawan, 12 September ini.

Pengurusnya, Mahfizul Rasydin Abdul Rashid, berkata kemenangan penting dalam perlawanan itu bagi penentuan seterusnya serta sasaran pasukan untuk ke peringkat suku akhir.

Katanya, diletakkan dalam kumpulan D bersama Pahang, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pulau Pinang adalah cabaran besar bagi PKNS FC.

pkns 2“Kita tidak mengambil mudah cabaran Pulau Pinang tambahan beraksi di tempat lawan. Kemenangan menjadi misi utama supaya pemain akan lebih bersemangat untuk menghadapi perlawanan seterusnya.

“Pahang pastinya menjadi pasukan pilihan. Kita harap mampu mengatasi Pulau Pinang dan PDRM untuk layak ke suku akhir,” katanya.

Sebagai persiapan, katanya, PKNS FC menjalani latihan rapi di Pahang sejak beberapa minggu lalu selain mengadakan perlawanan persahabatan menentang Felda United.

“Keputusan seri 2 – 2 dicatat dalam perlawanan itu penanda positif peningkatan pasukan dan diharap motivasi pemain akan lebih meningkat menjelang perlawanan sebenar minggu hadapan.

“Saingan dalam Piala Malaysia memamg getir namun kita harap PKNS FC mampu mencatat kejutan bagi mengulangi pencapaian layak ke suku akhir seperti dua musim lalu,” katanya.

PKNS FC musim ini dibimbing bekas pemain Selangor, E Elavarasan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.