Categories
SELANGOR

Program INSAN & Pembangunan Bakat cungkil potensi

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 15 SEP: Program Spiritual, Physical, Intelektual, Emosi dan Sosial (SPIES) ditambah baik kepada program Insan (INSAN) dan Pembangunan Bakat untuk lebih bersifat menyeluruh mencakupi pelbagai golongan.

Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata program INSAN merupakan hasil kejayaan yang dilakukan SPIES.

Katanya, fokus penjenamaan semula itu untuk mengimbangi keperluan setiap fasa di dalam kitaran hidup dari lahirnya di dunia sehingga ke usia tua.

INSAN“Setiap lapisan masyarakat memerlukan satu anjakan paradigma menyeluruh supaya mereka dapat mengenali potensi dan menyedari keupayaan itu boleh membantu masyarakat,” katanya dalam ucaptama di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Selain itu, program INSAN turut melibatkan kerjasama antara Kerajaan Selangor dan Selangor Human Resource Development Centre (SHRDC).

“SHRDC merupakan agensi yang melibatkan pihak industri dan dipengerusikan mereka (pemain industri) sendiri.

“Ia juga mempunyai wakil daripada Kerajaan Pusat dan Negeri, sebab itu kita rasakan sesuai untuk libatkan dalam membangunkan bakat di Selangor.

“Kita melihat kepada aspek latihan dan percaya sumbangan terhadap rantaian nilai Selangor yang juga terpaksa bersaing dengan negeri-negeri lain,” katanya kepada Selangor Kini.

Hasil kerjasama kedua-dua pihak sudah berjaya membentuk dua program latihan dengan bantuan geran daripada Kerajaan Selangor berjumlah RM2.5 juta.

Dua program itu adalah intership for High Impact Talent (i-HIT) yang bermula sejak Mei lalu dan Youth Enhancement Strategy (YES).

Program i-HIT menyasarkan pelajar daripada Universiti Selangor (UNISEL) sementara YES tertumpu kepada pembangunan belia lepasan SPM.

Melalui program YES, SHRDC dan pihak industri memainkan peranan secara langsung dalam membangunkan kemahiran serta meningkatkan peluang memperolehi pekerjaan di sektor berimpak tinggi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.