Categories
SELANGOR

Semua kaum perlu duduk semeja bincang basmi kemiskinan

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 30 SEP: Pembangunan fizikal dan sosial perlu diseimbangkan untuk memastikan usaha membasmi kemiskinan dalam kalangan masyarakat dilaksanakan dengan baik.

Pemangku Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Pembasmian Kemiskinan, Haniza Talha, berkata tumpuan besar diberikan kepada pembangunan infrastruktur hingga meminggirkan aspek sosial.

haniza-tahla_dewanMengambil contoh Kampung Tradisi Cina, beliau berkata sebanyak RM3 juta dimanfaatkan untuk pelaksanaan 49 buah projek sehingga 28 September lalu.

“Memang bagus untuk pembangunan fizikal, tetapi mesti realistik kerana modal insan juga perlu seiring di sebalik zaman yang moden ini.

“Kita tidak mahu kampung itu mempunyai jalan raya cantik, tetapi masyarakatnya miskin daripada segi pemikiran dan jiwa,” katanya kepada Selangor Kini.

Pada masa sama, Haniza menganggap pembahagian stanco bagi setiap komuniti adalah baik memandangkan setiap kaum mempunyai masalah berbeza.

Bagaimanapun, katanya perbincangan antara semua wakil komuniti perlu diselaraskan bagi menjamin program pembasmian kemiskinan berkesan.

“Jawatankuasa sarankan supaya ketiga-tiga wakil komuniti (tradisi Melayu, Cina dan India) duduk bersama dan berbincang tentang program pembasmian kemiskinan.

“Dengan cara itu akan ada kesinambungan dan lebih mudah mencari penyelesaian,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.