Categories
NASIONAL

Tian Chua: Polis panggil jawatankuasa BERSIH 2.0, wujud campur tangan politik

Oleh: AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 2 SEP: Ahli Parlimen Batu, Tian Chua menyifatkan wujud campur tangan luar hingga memaksa polis memanggil jawatankuasa Bersih 2.0 susulan kejayaan himpunan Bersih 4.0, pada 29 dan 30 Ogos lalu.

Katanya, tindakan berkenaan disifatkan pelik kerana himpunan berlangsung secara aman antara peserta dan polis.

“Malangnya, ada tekanan luar hingga memaksa polis memanggil mereka untuk disiasat di bawah Seksyen 120 Akta 124. Akta ini sangat ironi sekali kerana ia menjelaskan cubaan melakukan sesuatu yang mengancam demokrasi berparlimen.

tian chua pc pkr 01“Ini tidak masuk akal kerana Bersih meminta satu sistem demokrasi berparlimen yang bebas rasuah. Kini, mereka disiasat di bawah akta bertentangan dengan demokrasi berparlimen,” katanya di perkarangan Bukit Aman, di sini, hari ini.

Tian Chua hadir memberikan sokongan kepada tujuh anggota jawatankuasa Bersih 2.0 yang diminta tampil memberikan keterangan, bahkan beliau turut membantah jika wujud sebarang campur tangan politik dalam siasatan berkenaan.

Antara yang dipanggil adalah Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah, Sarajun Hoda Abdul Hassan, Masjaliza Hamzah, Farhana Halim, Fadiah Nadwa Fikri, Mandeep Singh dan Adam Adli Abdul Halim.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.