Categories
SELANGOR

Wujud program basmi kemiskinan

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 9 SEP: Exco negeri disaran memasukkan program basmi kemiskinan dalam portfolio yang disandang.

Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Pembasmian Kemiskinan, Saari Sungib, berkata hal itu kerana hampir semua portfolio yang ada membabitkan penduduk kategori miskin.

saari sungib DUN 01“Sebagai Exco, mereka memang sibuk, apatah lagi setiap seorang memegang dua atau tiga portfolio.

“Katakan, Exco yang jaga penempatan setinggan, di situ juga ada penduduk miskin.

“Begitu juga dengan pelancongan dan alam sekitar apabila melibatkan orang asal yang dalam kategori miskin,” kata Saari kepada Selangor Kini.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan pendengaran tertutup Jawatankuasa Pilihan Khas Pembasmian Kemiskinan di Bilik Mesyuarat, Bangunan Annex, di sini, semalam.

Beliau berkata, program basmi kemiskinan di Selangor dapat dijalankan dengan lebih meluas lagi hasil daripada kerjasama semua pihak.

Saari berkata, ketika ini semua Exco hanya aktif mengadakan program membabitkan portfolio masing-masing.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.