Categories
NASIONAL

PKR dapat sokongan PAS laksana undi tak percaya terhadap Najib

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 20 OKT: PAS bersetuju menyokong usul undi tidak percaya yang akan dibawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah nanti.

Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak), berkata persetujuan itu diperolehi dalam perbincangan dengan PAS pagi tadi.

“Kita mengadakan beberapa siri perbincangan dengan semua parti politik pembangkang.

MB Azmin“Pagi ini, PKR diketuai Dr Wan Azizah mengadakan perbincangan dengan PAS dan Alhamdullilah atas dasar bersama kita bersetuju mengemukakan satu usul tidak percaya kepada Perdana Menteri.

“Bagaimanapun waktu dan ketikanya kita akan bincang lebih lanjut sebab ini soal strategi yang harus kita atur dan susun dengan baik tetapi memenuhi peraturan dewan seperti berapa lama tempoh dan sebagainya,” kata Mohamed Azmin.

Dato’ Menteri Besar Selangor itu berkata demikian kepada media di Lobi Parlimen selepas menghadiri persidangan Dewan Rakyat yang memasuki hari ke dua, hari ini.

Dalam sidang media semalam, Dr Wan Azizah memberitahu beliau akan memfailkan notis usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Manakala sebelum itu, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar masing-masing mengesahkan terdapat perbincangan tidak formal diadakan dengan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).

Perbincangan itu diadakan bagi menjayakan usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan Najib.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.