Categories
NASIONAL

Bajet 2016 : 15 Keluarga amat bertuah, rakyat biasa dapat kuah

Oleh: AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 26 OKT: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mempersoalkan tindakan kerajaan tidak memasukkan golongan Orang Asal dalam Mujahadah Pembasmian Kemiskinan.

Katanya, perkara itu perlu dijelaskan berdasarkan fakta kerana golongan itu turut terbabit dalam laporan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas (HISBA 2014).

Meeting Wan Azizah isu banjir di Kajang (7)“Bukankah Orang Asal juga rakyat Malaysia? Dan mungkinkah ini satu faktor, mengapa usaha mencari dan menyelamat tujuh anak Orang Asal sekecil 7 tahun dari Pos Tohoi, Gua Musang juga kurang berjaya?” soalnya yang turut meminta siasatan rapi dibuat Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Ketika membahaskan Bajet 2016 di Dewan Rakyat, Azizah berkata meskipun kadar kemiskinan mutlak menurun tetapi kadar kemiskinan relatif dan kesenjangan pendapatan serta kekayaan masih tegar.

Berdasarkan laporan The Economist, bertarikh 18 April 2015, menyatakan 15 buah keluarga menguasai aset bernilai hampir 76 peratus KDNK Malaysia.

“Mereka adalah ahli Kelab Maha Kaya dan bila dibandingkan dengan 3.185 juta keluarga ahli Kelab BR1M.

“Bukankah ini perlu diperjelaskan, bagaimana 15 keluarga ini amat bertuah dan rakyat lain hanya mendapat kuah?” soalnya secara sinis.

Mujahadah Pembasmian Kemiskinan melalui Dasar Transformasi Nasional (DTN) menurun dari 3.8 peratus pada 2009 kepada 0.6 peratus pada 2014.

“Kalau Mujahadah atau Jihad Kemiskinan, digunakan sebagai penanda aras, kita mesti diberitahu mengenai pencapaian kekayaan golongan teratas, atau muhasabah kekayaan individu elit untuk melihat gambaran sebenar Jihad BN ini,” katanya.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.