Categories
SELANGOR

Damansara pusat pertumbuhan baru cipta peluang pekerjaan

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 30 OKT: Kerajaan Negeri mewujudkan pusat pertumbuhan baru di kawasan Damansara bagi menjana pertumbuhan ekonomi negeri secara mampan seterusnya mencipta peluang pekerjaan lebih banyak.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata pembangunan bandar baru oleh Kwasa Land Sdn Bhd itu bakal mengetengahkan konsep pembangunan bercampur di tapak seluas 2,303 ekar.

Pembangunan2Katanya, ia mampu menyediakan lebih 10,000 unit rumah mampu milik untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

“Projek ini dibangunkan dalam tempoh 30 tahun dan menyumbang kepada Kerajaan Negeri dalam bentuk premium tanah dengan anggaran RM1.02 bilion,” katanya dalam pembentangan Belanjawan Negeri 2016, di DNS, hari ini.

Selain itu, Mohamed Azmin berkata Kerajaan Negeri terus komited untuk melaksanakan Regenerasi Bandar (Urban Renewal).

“Pembangunan semula bandar boleh mewujudkan peluang pekerjaan, meningkatkan kualiti hidup, kemudahan, infrastruktur, pengurusan aset serta menjana pendapatan untuk negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan.

“Transformasi daripada kawasan perindustrian lama kepada pembangunan bercampur seperti Rancangan Kawasan Khas Seksyen 13, Petaling Jaya berdasarkan konsep “Live, Work, Learn, Play” akan meningkatkan hasil,” katanya.

Beliau berkata regenerasi bandar turut mendapat suntikan dari pelaksanaan konsep pembangunan Transit Oriented Development (TOD).

“Pembangunan di sekitar kawasan stesyen MRT, LRT, BRT dan Komuter membentuk masyarakat lebih mampan, connected dan vibran,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.