Categories
SELANGOR

Selangor Bio Bay hasil produk berteknologi tinggi

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 30 OKT : Selangor mengorak langkah kepada pelaburan berimpak tinggi melalui penghasilan produk bioteknologi dan sains hayat.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata untuk tujuan itu Kerajaan Negeri memperkenalkan Selangor Bio Bay sebagai pusat pertumbuhan baru global pada masa akan datang.

BELANJAWAN SELANGOR 2016 (1)“Selangor Bio Bay bakal dibangunkan di atas tanah seluas 1,070 ekar di Pulau Indah. Ia memberi fokus menarik pelaburan dalam industri perubatan dan sains hayat berteknologi tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2016 di Dewan Negeri Selangor (DNS), hari ini.

Selangor Bio Bay adalah kesinambungan pelan perancangan strategik sektor perindustrian seperti di Bandar Sultan Suleiman dan Bukit Raja menerusi Central Spectrum.

Setakat ini, Central Spectrum membangunkan taman industri di Pulau Indah dengan keluasan 3,500 ekar yang menjana pelaburan berjumlah RM15 bilion dalam tempoh 20 tahun.

Kerajaan Negeri menganggarkan sektor perindustrian menyumbang 30 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2016.

Unjuran pertumbuhan ekonomi Selangor dijangka bertambah antara 5.0 hingga 5.5 peratus untuk 2016 berbanding jangkaan 2015 antara 4.5 hingga 5.5 peratus.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.