Categories
NASIONAL

Himpunan #AnwarBebas depan Istana Kehakiman 16 November

Oleh: AFIX REDZUAN

PETALING JAYA, 15 OKT: Angkatan Muda Keadilan (AMK) menggerakkan himpunan #AnwarBebas yang akan diadakan di di Istana Kehakiman Putrajaya, pada 16 November ini.

Kempen itu dilakukan ekoran satu permohonan semakan kepada sabitan kes Fitnah II akan mula didengari di Mahkamah Persekutuan, pada tarikh berkenaan.

Timbalan Ketua AMK, Dr Afif Bahardin, berkata permohonan semakan sabitan itu sudah dikemukakan peguam Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpandukan dua asas.

Afif Bahardin 01“Mempersoalkan integriti dan kebebasan sistem kehakiman daripada pengaruh eksekutif ke Pejabat Perdana Menteri.

“Ia kerana ketika kehakiman masih lagi belum habis dibacakan dan hukuman belum dijatuhkan, Pejabat Perdana Menteri sudah mengeluarkan kenyataan rasmi keputusan kehakiman serta memuji institusi kehakiman negara, pada 10 Februari lalu.

“Turut menjadi persoalan adalah mengapa Pejabat Perdana Menteri menyeluarkan kenyataan rasmisatu kes jenayah yang hanya membabitkan individu bukannya agensi atau jabatan kerajaan.

“Asas kedua adalah pendakwaan yang dinodai dan berniat jahat apabila Ketua Pendakwa Raya yang diupah kerajaan, Tan Sri Shafee Abdullah mengadakan siri jelajah ke seluruh negara untuk menceritakan dengan penuh sensasi sabitan kes Anwar

Anwar“Tindakan beliau sudah menggambarkan ada tujuan peribadi dan politik untuk terus manjatuhkan kreadibilti serta maruah Anwar walaupun selepas hukuman dijatuhkan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.

Afif berkata, permohonan  itu dibenarkan di bawah Peraturan 137, Peraturan Mahkamah Persekutuan 1995 dan ia dimulakan bila ada keraguan munasabah berkenaan keputusan Mahkamah Persekutan atau ketika sabitan hukuman serta berlaku ketidakadilan.

“Bila asas yang dikemukakan sebelum itu diterima barisan panel hakim Mahkamah Persekutuan, maka usaha untuk membebaskan Anwar akan semakin cerah. Pemenjaraan Anwar adalah satu konspirasi politik bagi menamatkan karier politiknya.,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.