Categories
SELANGOR

Hulur bantuan, Amirul perlu alat pendakap lawan Dystonia

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 22 OKT: Sumbangan orang ramai diperlukan bagi membantu Adik Amirul yang mengidap Dystonia mendapatkan alat pendakap mengurangkan getaran badan bernilai RM70,000.

Adun Taman Medan, Haniza Talha, berkata alat itu diperlukan kerana pesakit berdepan kesukaran berjalan dan bergerak dalam melakukan rutin seharian.

haniza talha“Dystonia menyebabkan Amirul sukar berjalan bahkan untuk duduk pun mengambil masa kerana anggota badannya bergoyang serta kepala terpaling ke sebelah,” katanya dalam kenyataan.

Penyakit Dystonia adalah sejenis kecacatan berpunca dari kerosakan bahagian otak yang mengawal pergerakan anggota badan.

Empat tahun lalu, Haniza pernah menziarahi Amirul di kediamannya dan ketika itu beliau masih boleh duduk dan berdiri tanpa bantuan.

amirul dystonia 1“Dia malu untuk berjumpa dengan masyarakat kerana keadaannya kini mengalami perubahan sangat ketara.

“Saya bersimpati dengan keluarga ini, Amirul derita sakit dan kini bapanya pula terlantar akibat stroke,” katanya.

Sebarang sumbangan bantuan dan maklumat lanjut, orang ramai boleh hubungi Pusat Khidmat Masyarakat DUN Taman Medan di talian 03-7781 2151.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.