Categories
NASIONAL

IPU: Selangor kekal tahap sederhana

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 15 OKT: Selangor kekal mencatatkan Indek Pencemaran Udara (IPU) sederhana dengan bacaan antara 51 dan 100 sehingga jam 10.00 pagi tadi.

Menurut laman sesawang rasmi Jabatan Alam Sekitar (JAS), 36 kawasan mencatatkan IPU sederhana manakala 14 kawasan lain mencatatkan bacaan baik.

IPU JEREBUBandaraya Melaka dan Bukit Rambai juga dilihat semakin pulih apabila mencatatkan bacaan sederhana iaitu 75 dan 77 berbanding sebelumnya iaitu tidak sihat dengan catatan 122 dan 106 sehingga jam 6 petang, pada 13 Oktober lalu.

IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.