Categories
SELANGOR

IPU semakin pulih, hanya 8 kawasan catat bacaan tidak sihat

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 2 SEP: Indeks pencemaran udara (IPU) hari ini mencatat bacaan lebih baik berbanding semalam apabila kebanyakan kawasan mencatatkan bacaan purata 50 hingga 100.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), setakat jam 9.00 pagi tadi terdapat lapan kawasan mencatatkan bacaan IPU tidak sihat.

Jerebu SatelitLapan kawasan tersebut membabitkan Bandaraya Melaka (113), Bukit Rambai (111), Nilai (102), Port Dickson (113), Seremban (110), Kota Tinggi (102) diikuti Banting dan Putrajaya masing-masing mencatatkan bacaan 109 dan 101.

Sementara itu, 30 kawasan lain mencatatkan bacaan IPU sederhana. Manakala, 16 kawasan selebihnya mencatatkan bacaan sihat.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

-NR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.