Categories
SELANGOR

Peruntukan pendidikan komprehensif hadapi kesukaran ekonomi

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 31 OKT: Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains dan Teknologi serta Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad berpuas hati dengan Belanjawan Selangor 2016 yang disifatkannya komprehensif disaat menghadapi kesukaran ekonomi.

Lebih membanggakan, Kerajaan Negeri berjaya memenuhi impian supaya UNISEL mengiktiraf Sijil Unified Examination Certificate (UEC) yang diperkenalkan oleh Gabungan Persatuan Ahli Lembaga-Lembaga Sekolah Cina (Dong Zhong).

PENDIDIKAN GRAFIKIni termasuk cadangan membangunkan SRJK(T) Coalfields untuk kemudahan pendidikan anak pekerja ladang.

“Dalam sektor pendidikan kita lihat beberapa hal besar seperti pembinaan SRJK(T) Coalfields serta pengiktirafan UEC kerana itu sudah lama diperjuangkan.

“Akhirnya kita mengiktiraf Sijil Unified Examination Certificate (UEC) yang digunakan sekolah persendirian Cina untuk kemasukan ke UNISEL dan KUIS,” katanya.

Beliau berkata, langkah meneruskan pemberian Dana Bantuan Sara Diri Anak Selangor dilihat baik untuk pelajar.

Dalam Belanjawan Selangor 2016, Kerajaan Negeri mengumumkan kenaikan elaun guru KAFA daripada RM1,300 kepada RM 1,500.

Dijangkakan seramai 6,900 orang guru menerima manfaat itu.

Selain itu, 150 orang guru KAFA Integrasi Selangor juga menerima elaun bulanan RM800 daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) turut mencatat kenaikan sehingga RM1,500 mulai 2016.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.