Categories
SELANGOR

Jerebu: IPU menurun, tiada lagi kawasan cecah aras merah

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 23 OKT: Keadaan jerebu beransur pulih pagi ini dengan tiada lagi kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sangat tidak sihat selain kebanyakan kawasan mencatatkan penurunan.

Semakan di laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) menunjukkan sebanyak 22 kawasan berada di zon tidak sihat termasuk kawasan di Utara mencecah aras merah semalam.

Setakat 9 pagi ini, Seberang Jaya 2, Perai, mencatatkan bacaan 171, Universiti Sains Malaysia (USM) dengan 161, Kangar (158), Alor Setar (167), Bakar Arang, Sungai Petani (172) dan Langkawi (168).

Sementara itu, hanya dua kawasan di Selangor masih berada di zon tidak sihat iaitu Kuala Selangor (128) dan Pelabuhan Klang (116).

Kawasan lain termasuk SMK Tanjung Chat, Kota Bharu (123), Tanah Merah(113), Balok Baru, Kuantan (112), Indera Mahkota, Kuantan (105), Kemaman (114), Paka (103) dan Kuala Terengganu (105).

Masih kekal tidak sihat ialah Jalan Tasek, Ipoh (117), Kampung Air Putih, Taiping (125), S K Jalan Pegoh, Ipoh (134), Seri Manjung (138), Samarahan (106) dan Sri Aman (120).

Pada masa sama, 28 kawasan lain mencatatkan bacaan sederhana manakala satu lagi kawasan dikategorikan sihat.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.