Categories
SELANGOR

Jerebu: Shah Alam catat IPU 235 sangat tak sihat jam 12 tengah hari

SHAH ALAM 21 OKT: Keadaan jerebu semakin buruk pada tengah hari ini dengan Shah Alam merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 235 iaitu sangat tidak sihat sehingga jam 12 tengah hari.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), Pelabuhan Klang juga dilihat berada dalam situasi sangat tidak sihat apabila mencatatkan IPU 201.

Jerebu 12Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Sementara itu kawasan-kawasan lain dengan IPU tidak sihat pada jam 12 tengah hari ialah Putrajaya (194), Banting (191), Petaling Jaya (187), Kuala Selangor (153), Batu Muda (180), Cheras (154), Seremban (153), Port Dickson (109 ), Nilai (153), Bukit Rambai (112) serta Bandar Melaka (106).

Di utara, kawasan IPU tidak sihat adalah USM (149), Seberang Perai 2 (146), Perai (122), Tanjung Malim (124), Seri Manjung (144), SK Jalan Pegoh, Ipoh (149), Kg Air Putih, Taiping (119), Jalan Tasek, Ipoh (138), Alor Setar (138), Bakar Arang, Sg Petani (140), Langkawi (140).

Kuching (136), Samarahan (141) dan Sarikei (120) adalah kawasan di Sarawak yang berada dalam bacaan IPU tidak sihat.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.