Categories
BERITA UTAMA

Bajet 2016 : Perlu pembaharuan struktur, tingkat daya tahan dan saing ekonomi

Jawapan balas Bajet 2016

Perdana Menteri mengemukakan bajet ‘pembaharuan berstruktur rendah’ bertujuan pertamanya menyenangkan komuniti antarabangsa khususnya agensi penarafan dengan penyatuan fiskal dengan sasaran 3.1 peratus defisit KDNK di samping GST untuk memperluaskan hasil cukai dan keduanya untuk menyediakan bajet ‘populis’ khusus untuk pilihan raya negeri Sarawak yang akan datang.

Peluang keemasan nampaknya terlepas bagi memperkenalkan pembaharuan struktur yang sememangnya sangat diperlukan untuk meningkat daya tahan dan daya saing ekonomi pada masa ketidaktentuan ekonomi global.

Moody’s lnvestor Services melaporkan Bajet 2016 mengekalkan penyatuan fiskal kredit- positif; pembaharuan, sokongan ekonomi adalah terhad.

Pembaharuan struktur ini seharusnya dilaksanakan secepatnya sebagai persediaan menghadapi kemungkinan kegawatan pada suku ketiga tahun hadapan.

HARGA PETROL MINYAKJika harga minyak terus jatuh ke paras bawah 30 USD per tong, permintaan global berkurangan, aliran keluar modal besar dari ekonomi baru ke Amerika Syarikat ketika kadar faedah meningkat, kejatuhan nilai ringgit dan krisis kejatuhan keyakinan politik berterusan kesan daripada 1MDB.

Kekurangan perancangan senario yang betul oleh kerajaan dengan perunding dan PEMANDU, menyaksikan 5 daripada 6 tahun yang mensasarkan pertumbuhan tahunan 6 peratus KDNK diperlukan untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 tidak tercapai.

Penubuhan Jawatankuasa Khas Ekonomi yang baru ditubuhkan perlu dinaik taraf kepada Majlis Penasihat Ekonomi dengan memberi tumpuan kepada pembaharuan struktur bagi menghadapi segala senario ekonomi termasuk kegawatan.

WAN AZIZAHUcapan belanjawan Ketua Pembangkang di Parlimen semalam (26 Oktober) menggesa penyusunan semula fiskal dengan penstabil makro automatik dengan mekanisme pemindahan teratur bagi mengimbangi tabiat perbelanjaan fiskal kerajaan ketika kegawatan ekonomi dilihat tepat pada masanya.

Beliau juga menggariskan Agenda Ekonomi Malaysia paling relevan pernah diterbitkan pada 2008 oleh bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim – mencetuskan pembaharuan ekonomi dan politik yang substantif, mendahului Model Baru Ekonomi kerajaan dilancarkan pada 2010.

Boleh dikatakan bahawa jika pembaharuan dicadangkan 7 tahun yang lalu seperti – desentralisasi pentadbiran dan kewangan kerajaan kepada negeri pasti meningkatkan pelaksanaan keperluan setempat – penjualan kebanyakan GLC bagi membuang kesan, monopoli dan meningkatkan daya saing dalam sektor swasta sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi – pemansuhan penswastaan.

Kemudahan asas untuk menjadi monopoli semula jadi pengeluar tenaga bebas, lebuh raya bertol, aset air dan perkhidmatan jalur lebar yang pastinya akan mengurangkan kos kepada ekonomi dan orang ramai – kepelbagaian ekonomi menerusi substansif pelaburan dengan tanda aras global dalam sektor pendidikan, R&D, sokongan SME dari terlalu bergantung kepada hasil minyak – keadilan pengagihan untuk mengurangkan ketidaksamaan dengan mewujudkan Jaringan Keselamatan Sosial Bersepadu – skim Insurans Pekerja dan gaji minimum RM1,500.

Dan kuncinya, pendemokrasian menjamin kebebasan, akauntabiliti, ketelusan akan membawa kepada tadbir urus yang baik dan ‘check and balance’ yang berkesan; struktur dan daya tahan ekonomi kita untuk pertumbuhan yang mampan dan inklusif akan jauh berbeza daripada hari ini.

Dr. Fahmi Ngah
Ketua Pegawai Eksekutif
Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor

Leave a Reply

Your email address will not be published.