Categories
SELANGOR

JPS terima peruntukan tambahan RM80 juta

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 30 OKT: Peruntukan tambahan RM80 juta disalurkan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi 2016, kata Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

Beliau yang juga Adun Bukit Antarabangsa (PKR) berkata ia merupakan peningkatan 70.21 peratus.

Katanya, peruntukan tambahan RM12 juta turut diberi bagi kerja penyelenggaraan kolam takungan.

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan perbelanjaan mengurus penyelenggaraan kolam takungan kepada RM24 juta.

“Antara projek yang dilaksanakan adalah untuk menangani masalah banjir di Johan Setia, Telok Gadong, Pandamaran dan Kapar.

“Selain itu, penambahbaikan sistem saliran di Kampung Melayu Sungai Buloh dan Kampung Tasik Permai, Hulu Langat,” katanya ketika pembentangan Belanjawan Selangor 2016 petang ini.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri memutuskan JPS diberi keupayaan untuk menyelenggara 314 kolam takungan melalui Akaun Amanah Caruman Parit.

Beliau berkata, bagi tempoh tiga tahun mulai 2015, RM30.67 juta dikeluarkan dari akaun terbabit untuk kerja penyelenggaraan kolam takungan.

“Kerajaan Negeri mengambil perhatian serius isu banjir kilat dan mendapati salah satu punca berlakunya banjir kilat adalah kegagalan menyelenggara kolam takungan.

“Hal demikian berlaku kerana ketiadaan keempunyaan yang jelas ke atas penjagaan dan penyelenggaraan kolam takungan,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

Program Bantuan Makanan Asas manfaat 5,000 keluarga

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 30 OKT: Program Bantuan Makanan Asas bakal diperkenalkan bermula 2016 dengan kos RM3 juta, kata Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

Beliau yang juga Adun Bukit Antarabangsa (PKR) berkata ia merupakan salah satu strategi bagi membantu golongan kurang berkemampuan meringankan kos sara hidup yang kian meningkat.

“Program ini memberi manfaat kepada 5,000 keluarga termiskin di Selangor.

Belanjawan 2016 makanan asas“Kerajaan Negeri tuntas menjadikan prinsip keadilan sosial sebagai teras dalam amalan pentadbiran, menyelami kepayahan rakyat terbanyak dan mempertingkat usaha kebajikan,” katanya di Dewan Negeri Selangor (DNS) petang ini.

Beliau mengumumkan insentif itu ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2016 yang bertemakan Membangun Smart Selangor Yang Peduli.

EZY

Categories
NASIONAL

Potong peruntukan pendidikan halang lahir modal insan berkualiti

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 29 OKT: Hasrat negara untuk melahirkan modal insan berkualiti dan berilmu sukar dicapai apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memotong peruntukan biasiswa, dermasiswa dan bantuan pelajaran iaitu RM812 juta atau 23 peratus berbanding 2015.

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, berkata 2015 Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM3.45 bilion berbanding 2016 iaitu RM2,64 bilion.

PENDIDIKAN GRAFIK“Bajet 2016 mengundang kontroversi apabila Najib memotong peruntukan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) iaitu RM1.4 bilion dengan Universiti Malaya (UM) mengalami potongan terbesar iaitu 27 peratus berbanding peruntukan 2015.

“Ini bermakna potongan kepada pengajian tinggi iaitu peruntukan kepada IPTA dan dermasiswa, biasiswa dan bantuan pelajaran mencecah RM2.2 bilion dalam Belanjawan 2016 yang memberi kesan ratusan ribu keluarga,” kata Rafizi.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Lobi Parlimen di sini, hari ini.

Tambah Rafizi, malangnya pada masa sama, perbelanjaan mengurus lain terus meningkat termasuk tuntutan insurans dan pampasan serta bayaran faedah, dividen dan hutang negara.

Tuntutan insurans dan pampasan meningkat tujuh peratus kepada RM1.18 bilion dan faedah, dividen dan bayaran hutang negara pula meningkat kepada RM32.46 bilion atau 20 peratus berbanding 2015.

EZY

Categories
BERITA UTAMA

Bajet 2016 : Perlu pembaharuan struktur, tingkat daya tahan dan saing ekonomi

Jawapan balas Bajet 2016

Perdana Menteri mengemukakan bajet ‘pembaharuan berstruktur rendah’ bertujuan pertamanya menyenangkan komuniti antarabangsa khususnya agensi penarafan dengan penyatuan fiskal dengan sasaran 3.1 peratus defisit KDNK di samping GST untuk memperluaskan hasil cukai dan keduanya untuk menyediakan bajet ‘populis’ khusus untuk pilihan raya negeri Sarawak yang akan datang.

Peluang keemasan nampaknya terlepas bagi memperkenalkan pembaharuan struktur yang sememangnya sangat diperlukan untuk meningkat daya tahan dan daya saing ekonomi pada masa ketidaktentuan ekonomi global.

Moody’s lnvestor Services melaporkan Bajet 2016 mengekalkan penyatuan fiskal kredit- positif; pembaharuan, sokongan ekonomi adalah terhad.

Pembaharuan struktur ini seharusnya dilaksanakan secepatnya sebagai persediaan menghadapi kemungkinan kegawatan pada suku ketiga tahun hadapan.

HARGA PETROL MINYAKJika harga minyak terus jatuh ke paras bawah 30 USD per tong, permintaan global berkurangan, aliran keluar modal besar dari ekonomi baru ke Amerika Syarikat ketika kadar faedah meningkat, kejatuhan nilai ringgit dan krisis kejatuhan keyakinan politik berterusan kesan daripada 1MDB.

Kekurangan perancangan senario yang betul oleh kerajaan dengan perunding dan PEMANDU, menyaksikan 5 daripada 6 tahun yang mensasarkan pertumbuhan tahunan 6 peratus KDNK diperlukan untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 tidak tercapai.

Penubuhan Jawatankuasa Khas Ekonomi yang baru ditubuhkan perlu dinaik taraf kepada Majlis Penasihat Ekonomi dengan memberi tumpuan kepada pembaharuan struktur bagi menghadapi segala senario ekonomi termasuk kegawatan.

WAN AZIZAHUcapan belanjawan Ketua Pembangkang di Parlimen semalam (26 Oktober) menggesa penyusunan semula fiskal dengan penstabil makro automatik dengan mekanisme pemindahan teratur bagi mengimbangi tabiat perbelanjaan fiskal kerajaan ketika kegawatan ekonomi dilihat tepat pada masanya.

Beliau juga menggariskan Agenda Ekonomi Malaysia paling relevan pernah diterbitkan pada 2008 oleh bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim – mencetuskan pembaharuan ekonomi dan politik yang substantif, mendahului Model Baru Ekonomi kerajaan dilancarkan pada 2010.

Boleh dikatakan bahawa jika pembaharuan dicadangkan 7 tahun yang lalu seperti – desentralisasi pentadbiran dan kewangan kerajaan kepada negeri pasti meningkatkan pelaksanaan keperluan setempat – penjualan kebanyakan GLC bagi membuang kesan, monopoli dan meningkatkan daya saing dalam sektor swasta sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi – pemansuhan penswastaan.

Kemudahan asas untuk menjadi monopoli semula jadi pengeluar tenaga bebas, lebuh raya bertol, aset air dan perkhidmatan jalur lebar yang pastinya akan mengurangkan kos kepada ekonomi dan orang ramai – kepelbagaian ekonomi menerusi substansif pelaburan dengan tanda aras global dalam sektor pendidikan, R&D, sokongan SME dari terlalu bergantung kepada hasil minyak – keadilan pengagihan untuk mengurangkan ketidaksamaan dengan mewujudkan Jaringan Keselamatan Sosial Bersepadu – skim Insurans Pekerja dan gaji minimum RM1,500.

Dan kuncinya, pendemokrasian menjamin kebebasan, akauntabiliti, ketelusan akan membawa kepada tadbir urus yang baik dan ‘check and balance’ yang berkesan; struktur dan daya tahan ekonomi kita untuk pertumbuhan yang mampan dan inklusif akan jauh berbeza daripada hari ini.

Dr. Fahmi Ngah
Ketua Pegawai Eksekutif
Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor

Categories
KENYATAAN MEDIA

Budget 2016 : Reflection Of Putrajaya’s failure

By: Chief Minister State of Selangor, Mohamed Azmin Ali

The budget’s theme about “Prospering the rakyat” sounds good on paper but as we have seen in the case of last year’s budget, the Najib administration will fail to deliver at the end of the day.

For example, you give BRIM and a marginal increase for this year but at the same time, you increase the highway toll. How does that prosper the rakyat? This is because the underlying problem of inflation has not been addressed.

BAJET 2016Secondly, Najib is talking nonsense about opposition parties using the GST in their own budget document.

I would reiterate: GST is a major strain on the poor and average wage earner. It imposes greater tax burden on the ordinary folk in order to fund the financial mismanagement of the leaders.

There is no great achievement in bragging about the increased revenue from GST collection. Of course, the revenue will increase. You are taxing the rakyat through and through. The purpose of GST all over the world is to broaden the tax base and diversify the sources of revenue, and not to raise tax revenue.

This is accomplished in most countries by reducing income and corporate taxes simultaneously along with GST introduction – which is not the case in Malaysia. It is a double whammy for Malaysians as they end up paying more taxes than before.

In fact, the Najib government has failed in the overall generation of revenue when you consider that it is only because of GST that we managed to save the day.

There is also the failure to deal with the overall financial mismanagement of the nation:

• The issue of increasing household debt is not addressed.
• Housing affordability is not properly dealt with.
• Environmental issues are glossed over. There is no mention of haze and what plans are in store. Enhancement of quality of life for the rural folk is not in the offing.
• Where is the mention of our depleting foreign reserves?
• Why is there complete silence on the plunging ringgit, Asia’s worst performing currency?
• What measures are in place to reduce our dependency on oil revenue?

There is no cheer in the budget for the economy. The Malaysian economy is one of the worst performing economies in East Asia, growing sluggishly not only by the East Asian standards but also by its own.

Budget 2016 is very disappointing in the sense that it fails to provide a ‘short in the arm’ that the economy badly needs.

Instead of spurring economic growth, the Budget is likely to dampen it. The two main sources of growth for the Malaysian economy are investment and consumer expenditures. There is nothing much in the budget to stimulate investor confidence or raise consumer sentiments.

The Budget 2016 fails to address the crisis of confidence that has badly hurt investor confidence, dented severely by the ongoing financial scandals. Consumer sentiments, hurt by GST, are further eroded by increased income tax rates. As a result, economic growth will take a hit.

The economy badly needs a fiscal stimulus in the form of greater private sector expenditures through increased investment expenditures and consumer spending. Alas, the Budget may do exactly the opposite.

A budget is not just about great sound bites and making a show of offering goodies. The three essential elements of public financial management must be addressed: accountability, transparency and governance. This budget has failed to show that the government is serious about these issues.

Categories
BERITA UTAMA

Bajet 2016: Bajet kala waktu diuji

Oleh: Dato’ Dr Mujahid Yusof Rawa

Bajet kali ini datang dalam keadaan suram suasana ekonomi negara dengan kesan penurunan Ringgit Malaysia dan ekonomi global yang perlahan. Faktor penurunan Yuen China turut memberi kesan kepada ekonomi negara.

Dalam suasana ini, Malaysia ada pecutan terakhir dalam perancangannya mencapai status negara maju dalam RMK 11 dan bajet ini adalah yang pertama lonjakan dalam masa lima tahun berbaki ke tahun 2020.

Antara harapan dan halangan Bajet 2016 lahir dalam desakan perubahan politik yang semakin meningkat dan populariti Perdana Menteri Najib Razak yang semakin menurun.

BAJET 2016Tiada yang istimewa dalam bajet kali ini kecuali gaji minima dipertingkatkan kepada RM1200 untuk awam dan RM1000 untuk swata.

Ini dialukan sepertimana yang pernah diperjuangkan selama ini oleh pembangkang walaupun ada yang menngaggap RM1000 kepada swasta tidak merangsangkan pekerjaan sektor swasta yang perlu dikukuhkan.

Peruntukan BRIM dan insentif lain kepada rakyat sememangnya dijangkakan untuk memberikan sedikit rasa kelegaan sebagai kerajaan yang bergantung kepada sokongan rakyat.

Menarik tentang GST yang anggaran hasilnya dilihat meningkat dari asal RM29 bilion kepada RM34 bilion atau peningkatan 24 peratus berbanding anggaran pendapatan lain yang menurun dari yang disasarkan termasuk cukai Petronas dan cukai syarikat.

Pendapatan negara bajet ini ialah RM225 bilion. Manakala perbelanjaan ialah RM267 bilion dengan perbelanjaan operasi mengambil 80 peratus berbanding 20 peratus untuk pembangunan.

Bajet ini juga mengulangi agenda Bumiputra yang disebut dalam RMK11 namun isu asal yang menghantui peruntukan Bumiputra selama ini tidak digarap seperti ketirisan, tadbirurus agensi seperti MARA dan lain-lain.

Penekanan kepada peningkatan ekuiti dengan peruntukan untuk Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) sebenarnya tidak banyak membantu majoriti Bumiputra yang merupakan mereka yang berpendapatan tetap.

Begitu juga penstrukturan semula agensi Bumiputra adalah lebih releven disentuh khusunya tumpuan kepada pendidikan dan latihan.

Belanjawan 2016Pengendalian MARA yang dianggotai oleh ahli majlis pengurusannya yang majoriti ahli politik menyebabkan MARA tidak ditadbir secara profesional dan menjana. Lebih penting ialah merasionalisasikan agensi Bumiputra bagi memaksimakan pelaburan kerajaan selama ini.

Isu lain yang tidak ditangani ialah pekerja asing yang semakin memberi kesan kepada isu peningkatan produktiviti kerana gaji yang murah dan kurangnya peningkatan pekerja mahir atau separuh mahir.

Lesen pekerja asing patut diberikan kepada Kementerian Sumber Manusia dan bukan Kementerian Dalam Negeri kerana keperluan tenaga kerja dan rasionalnya adalah merupakan kerja utama KSM.

Isu pekerja tiada disebutkan secara substantif reform dari sudut suara melalui kesatuan mahupun pulangan keuntungan kepada pekerja berbanding majikan serta pengurangan caruman KWSP bagi menambahkan pendapatan boleh belanja pekerja.

Perkembangan 3-5 peratus ekonomi turut menghantui prestasi mencapai status negara maju 2020 yang mensasarkan pendapatan purata rakyat berbanding PDNK ialah USD15000 Untuk berbuat demikian perkembangan 6 peratus diperlukan setiap tahun apatah lagi dengan penurunan RM pencapaiannya lebih sukar.

Secara menyeluruh tiada pembaikan struktural dalam menangani krisis yang dihadapi dan tiada yang baru tentang reformasi tatakelola kewangan yang baik dengan mengambilkira skandal 1MDB dan RM2.6 bilion serta unsur yang meyakinkan kita ada usaha untuk menutup kes-kes ini disiasat dengan telus dan jujur.

Demikianlah Bajet 2016 hadir kala negara diuji dengan kerapuhan ekonominya dan tadbirurus negara yang tidak mengisyaratkan ke arah lebih telus amanah dan bertanggungjawab.

Bajet Pakatan Harapan pula membawa tema “Mengelak Krisis” yang akan kita lontarkan sebagai bahan perbahasan semasa perdebatan minggu depan nanti.

Dato’ Dr Mujahid Yusof Rawa
Ahli Parlimen Malaysia
Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH)

Bertarikh 24 Oktober 2015

Categories
NASIONAL

Ahli Parlimen bertanggungjawab patut bangkit tolak bajet 2016

Oleh: HAFIZAN TAIB

KUALA LUMPUR, 22 OKT: Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Pakatan perlu bersatu menyata protes menolak bajet 2016 dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dalam sidang Dewan Rakyat esok.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Raja Kamarul Bahrin, berkata sebagai Ahli Parlimen mewakili dan mendokong suara rakyat, tindakan itu perlu diambil demi mengatasi krisis kepimpinan dihadapi negara ketika ini.

Raja Kamarul Bahrin“Tidak pernah berlaku sebelum ini rakyat menyatakan rasa tidak puas hati dan menolak kepimpinan Perdana Menteri ekoran berlaku krisis ekonomi dan sosial.

“Kita perlu menyatakan pendirian bersama dan Ahli Parlimen berani serta bertanggungjawab perlu tampil menyokong menolak bajet dibentangkan.

“Ini adalah kali pertama dan mungkin ini sahaja peluang yang ada untuk kita merubah keadaan menjadi lebih baik,” katanya dalam sidang media di sini Dewan Rakyat, hari ini.

Raja Kamarudin berkata, beberapa pemimpin kehilangan jawatan apabila bersuara sebelum ini seperti mantan Pengerusi Tenaga Nasional Berhad, Allahyarham Tan Sri Ani Rope, mantan Pengerusi Petronas, Tan Sri Hassan Marican dan mantan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.

Katanya, jabatan dan agensi diketuai mereka menjadi mangsa kerajaan bagi menampung ketirisan terhadap beberapa isu dan skandal berlaku dahulu dan kini.

“Terkini isu 1MDB serta penurunan nilai ringgit mencetuskan kebimbangan rakyat serta banyak pihak.

“Majlis Raja-Raja turut menyatakan pendirian sama dan tidak terkecuali mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tengku Razaleigh Hamzah, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta beberapa pemimpin kanan lain,” katanya.

Katanya, Ahli Parlimen berani dan bertanggungjawab dari BN dan Pakatan diperlukan bagi menjayakan tujuan berkenaan.

“Tampillah ke hadapan bila negara memerlukan anda untuk merubah keadaan lebih baik,” katanya.

-nR-