Categories
SELANGOR

LZS bantu ringan beban pesakit barah dan tibi

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 11 OKT: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyantuni Fathurul Zaman dan Nursuhaili Fatiha Azmi yang terlantar sakit bagi meringankan beban mereka dan keluarga pada 9 dan 10 Oktober lalu.

Fathurul Zaman dari Kuala Kubu Bharu disahkan mengidap barah paru-paru tahap akhir manakala Nursuhaili Fatiha dari Bandar Saujana Putra pula menderita penyakit tibi.

Melalui akaun facebooknya, LZS berkunjung ke rumah keluarga Fathurul menyalurkan sumbangan tunai zakat untuk keperluan keluarga berkenaan.

Fathurul juga akan menerima sumbangan susulan berupa bantuan kewangan, makanan bulanan dan keperluan perubatan.

Manakala, Nursuhaili yang sekadar terlantar hampir dua bulan di rumahnya dibantu melalui asnaf gharimin sebanyak hampir RM3,000 sebulan bagi pembelian susu dan lampin pakai buang.

LZS turut meluluskan agihan bantuan katil boleh laras kepada Nursuhaili.

Program bantuan itu adalah usaha LZS menzahirkan keprihatinan terhadap ujian menimpa asnaf fakir dan miskin.

-NR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.