Categories
NASIONAL

MB: Belanja pengurusan pusat tinggi, ekonomi sukar pulih

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 23 OKT: Langkah diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Bajet Persekutuan 2016 tadi tidak meletakkan negara di landasan tepat untuk memulihkan kelembapan ekonominya pada masa terdekat.

Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali, berkata ini termasuklah langkah mengekalkan perbelanjaan pengurusan tinggi dan perbelanjaan pembangunan yang rendah.

MB Azmin“Belanjawan ini tidak mencorakkan penyelesaian kerana belanja pembangunan masih kecil daripada jumlah belanjawan dibentangkan di mana belanja mengurus masih tinggi, 80.5 peratus dan pembangunan 19.5 peratus.

“Persoalannya bagaimana Kerajaan Persekutuan boleh memulihkan ekonomi negara sekiranya belanja mengurus masih kekal besar di dalam belanjawan kali ini,” katanya.

Mohamed Azmin berkata demikian kepada pemberita di lobi Dewan Rakyat selepas Najib membentangkan bajet 2016, di sini, hari ini.

Katanya, dalam belanjawan kali ini, Najib juga tidak mengambil sebarang langkah menangani ketirisan, kebocoran dan rasuah yang memberi kesan negatif kepada ekonomi negara.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.