Categories
SELANGOR

MB: Belanjawan defisit 2015 jadi surplus

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 30 OKT: Kerajaan Negeri berjaya mengurus belanjawan defisit 2015 iaitu RM452.5 juta menjadi belanjawan surplus.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata hasil negeri dianggarkan pada 2015 iaitu RM1.97 bilion melonjak kepada RM2.05 bilion berbanding perbelanjaan sebenar RM1.5 bilion sehingga 30 September 2015.

Pembangunan2Katanya, keadaan itu membolehkan kedudukan belanjawan adalah surplus iaitu RM552.58 juta.

“Sehingga akhir tahun ini, hasil negeri dijangka meningkat kepada RM2.24 bilion dan akan mencatatkan lebihan hasil sebanyak RM274 juta,” katanya dalam Pembentangan Belanjawan Selangor 2016 di Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri mengambil ketetapan mencorak perbelanjaan 2015 dengan mengurangkan belanja mengurus kepada 53 peratus dan meningkatkan belanja pembangunan
kepada 47 peratus.

Belanjawan 2016 2Iltizam pengurusan kewangan berhemah Kerajaan Negeri itu tidak dapat dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan.

Tekad Kerajaan Negeri untuk tidak membentangkan belanjawan tambahan bagi 2015 juga berjaya dicapai.

Mohamed Azmin berkata, kejayaan itu membuktikan Belanjawan 2015 adalah realistik berasaskan anggaran bertanggungjawab dan berdisiplin.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.