Categories
SELANGOR

Pertumbuhan ekonomi 2016 Selangor diramal 5.5%

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 30 OKT: Pertumbuhan ekonomi Selangor pada 2016 diunjurkan tumbuh sekitar 5.0 hingga 5.5 peratus berbanding jangkaan 2015 iaitu pada 4.5 hingga 5.5 peratus.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata pertumbuhan itu dipimpin sektor perkhidmatan dan perindustrian bagi melonjakkan sumbangan negeri kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2016.

Pembangunan2“Sektor perkhidmatan diunjurkan tumbuh 5.4 peratus dengan anggaran sumbangan hampir 58 peratus kepada KDNK.

“Bagi sektor perindustrian pula, dianggarkan menyumbang sebanyak 30 peratus kepada KDNK,” katanya Pembentangan Belanjawan Selangor 2016 di Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.

Mohamed Azmin berkata, pertumbuhan ekonomi Selangor naik sekitar 0.5 hingga 1.0 peratus itu disebabkan suasana ekonomi global yang getir.

Pun begitu, beliau tidak menafikan pertumbuhan ekonomi negeri turut terkesan dengan krisis politik di Putrajaya.

“Negara hari ini bergelut dengan krisis politik dan kegawatan ekonomi berpunca daripada skandal kewangan 1MDB sekali gus menyababkan prestasi nilai ringgit berada dalam keadaan paling parah di Asean.

“Malapetaka kewangan negara turut melibatkan pelbagai skandal termasuk agenda menyemai prasangka perkauman sempit dan fahaman agama ekstrim yang secara keseluruhannya menghakis keyakinan pelabur,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.