Categories
SELANGOR

MB: Kenaikan gaji, elaun bukan untuk pancing undi

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 30 OKT: Pengumuman kenaikan gaji tiga peratus kepada penjawat awam dan guru Kelas Fardhu Ain (KAFA) bukan bertujuan memancing undi dalam pilihan raya.

Sebaliknya, Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata kenaikan itu adalah keperluan setiap tahun yang diperuntukkan kepada anggota perkhidmatan awam.

“Begitu juga elaun guru KAFA yang bukan tindakan populis menjelang pilihan raya, tetapi tanggungjawab Kerajaan Negeri kerana komitmen tinggi mereka dalam mendidik anak-anak.

“Bagi saya, tindakan populis bagi kepentingan rakyat adalah bertanggungjawab dan bukan untuk memancing undi seperti yang dibuat Kerajaan Persekutuan,” katanya dalam sidang media di Dewan Negeri Selangor (DNS), hari ini.

Elaun KAFADalam Belanjawan Selangor 2016, Kerajaan Negeri mengumumkan kenaikan gaji tiga peratus kepada penjawat awam dan guru KAFA.

Bagi guru KAFA, seramai 6,900 orang dijangka menerima manfaat itu dengan kenaikan daripada RM1,300 kepada RM 1,500.

Selain itu, 150 orang guru KAFA Integrasi Selangor yang menerima elaun bulanan berjumlah RM800 daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) turut mencatat kenaikan sehingga RM1,500 mulai 2016.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.