Categories
SELANGOR

Menginsafi kepentingan rakyat, Azmin sebak bentang belanjawan

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 30 OKT: Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali tidak dapat menahan sebak ketika mengimbau kembali pengalaman ditempohi beliau dalam usaha memberikan perkhidmatan terbaik untuk rakyat dan negeri terkaya itu.

Baginya, masa pantas berlalu disulami pengalaman pahit dan manis mendidik diri dan pasukan negeri bekerja dengan lebih gigih.

MB BELANJAWAN“Namun, semua pengalaman ini, mendidik untuk tawadhu’, selain mendorong saya dan pasukan negeri bekerja dan terus bekerja.

“Persetankan suara-suara cemburu dan pengacau kedamaian, yang pahit itu adalah penawar supaya rakyat dan negeri sihat bertenaga,” kata Mohamed Azmin dengan suara yang sebak ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2016 di Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini, hari ini.

Tegas Mohamed Azmin, beliau akan terus memikul tanggungjawab menjaga harta dan hasil mahsul negeri, Hifz al-Mal, serta membangunkannya berpaksikan falsafah keadilan pengagihan sepertimana dituntut Maqasid al-Syari’ah.

“Saya ingin menegaskan bahawa seluruh dasar Kerajaan Negeri dan Belanjawan 2016 adalah berpaksikan prinsip Ekonomi Maqasid,” kata beliau lagi.

Tahun ini merupakan tahun kedua Mohamed Azmin membentangkan belanjawan tahunan selepas dilantik sebagai Menteri Besar pada 22 September lalu.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.