Categories
SELANGOR

MB: Ke arah Membangun Smart Selangor Yang Peduli

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 30 NOV: Belanjawan Negeri Selangor 2016 memperuntukkan RM2.88 bilion dengan mengangkat tema ‘Membangun Smart Selangor Yang Peduli’.

Dengan nisbah 50:50 Kerajaan Negeri memperuntukkan iaitu RM1.44 bilion untuk perbelanjaan mengurus manakala RM1.44 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan pembangunan.

BELANJAWAN SELANGOR 2016 (1)Dibentangkan oleh Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, belanjawan itu adalah perancangan awal menuju ‘Smart State’ dalam tempoh tiga tahun yang memberikan keutamaan menjana pembangunan dinamik dan organik melalui lima strategi.

Strategi itu adalah menerajui gagasan Smart Selangor, menjana sumber pendapatan secara strategik, mempertingkat pembangunan berkualiti dan inisiatif peduli.

Dua lagi strategi termasuk memperkukuh kualiti pendidikan dan latihan serta membangun kapasiti wanita, generasi Y dan ekonomi kreatif.

belanjawan12Anggaran hasil untuk 2016 dijangka meningkat 14.2 peratus kepada RM2.25 bilion dengan penyumbang utama kepada hasil daripada premium tanah (48.1 peratus), hasil cukai tanah (20.9 peratus) dan urus niaga berkaitan tanah (9.1 peratus).

“Sehingga 30 September 2015, Kerajaan Negeri mencatatkan kutipan hasil RM2.048 bilion atau pencapaian 103.98 peratus berbanding dengan anggaran hasil 2015 iaitu RM1.97 bilion.

“Hasil Cukai mencatatkan kutipan iaitu RM556.9 juta, hasil bukan cukai RM1.31 bilion dan terimaan bukan hasil iaitu RM 80.4 juta,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.