Categories
SELANGOR

MYFastPay bukan ejen kutipan bil air SYABAS

SHAH ALAM 20 OKT: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) menyatakan MYFastPay bukan ejen mengutip pembayaran bil air SYABAS yang sah.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Pengurusan Air Selangor, Amin Lin Abdullah, berkata pengguna diingatkan tidak membuat pembayaran bil air menerusi ejen itu.

logo syabasKatanya, pembayaran bil air melalui ejen tidak sah menyebabkan akaun pengguna tertunggak kerana pembayaran melalui ejen tidak sah tidak dihantar kepada SYABAS mengikut prosedur ditetapkan.

“Bil air tertunggak menyulitkan keadaan apabila bekalan air ke premis terpaksa dipotong.

Pembayaran melalui cara ini bukan dan tidak pernah diluluskan oleh Syabas. Sekiranya ada pelanggan tersilap bayar melalui cara ini, sila berhubung dengan kami di talian PUSPEL  1-800-88-5252 atau e-mel: [email protected], ” kata Amin Lin dalam kenyataan media.

Katanya, SYABAS menyediakan pelbagai kemudahan untuk pembayaran bil air selain daripada pembayaran bil air di kaunter pejabat SYABAS, pengguna juga boleh membayar secara talian terus menggunakan JomPAYmelalui bank.

Pengguna juga boleh membayar bil air SYABAS di stesen minyak terpilih, kedai 7-Eleven dan lain-lain kedai serbaneka yang terpilih.

Sila layari www.syabas.com.my untuk mendapatkan maklumat lengkap tempat sah untuk membayar bil air.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.