Categories
NASIONAL

Najib sila sahut cabaran, dedah siapa salur RM2.6 bilion

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 8 OKT: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu menyahut cabaran supaya mendedahkan dana RM2.6 bilion seperti yang dilakukan BERSIH.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, menyifatkan Najib gagal sebagai perdana menteri apabila tidak mahu menjawab segala yang membabitkan 1MDB dan RM2.6 bilion yang kononnya sumbangan penderma.

Tian Chua parlimen 01“Najib bukan sahaja tidak mahu mendedahkan, malahan beliau menghalang dan memecat pegawai yang cuba melakuka siasatan terhadap kes itu.

“Sebagai pemimpin yang pernah menjanjikan rakyat transformasi yang telus, Najib gagal berbuat demikian dan ini menyebabkan kebanyakan rakyat menuntut beliau supaya meletakkan jawatan sebagai perdana menteri,” katanya kepada Selangor Kini.

Tian Chua berkata demikian sebagai mengulas isu BERSIH yang mencabar Najib mengikut jejak yang sama dengan mereka apabila berani mendedahkan dana yang diterima.

Najib-1MDB“Najib perlu berhenti untuk cuba meyakinkan rakyat Malaysia bahawa RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya adalah derma. Rakyat sudah bijak untuk menilai ketelusan pemimpin.” katanya.

Sebelum itu, BERSIH mendedahkan laporan setebal 2,126 muka surat yang mengandungi jumlah keseluruhan dana diterimanya RM2,647,361.74 termasuk semua nama penderma.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.