Categories
NASIONAL

Perluas gaji minima bukan amal ‘apartheid gaji’

Oleh : AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 26 OKT: Peningkatan gaji minima sepatutnya diperluaskan kepada sektor swasta dan tidak hanya tertumpu kepada penjawat awam.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata gaji minima sepatutnya pada paras RM1,500 di seluruh negara dan bukan dibahagi secara ‘apartheid gaji’ dengan pekerja Sabah dan Sarawak.

Katanya, secara purata mereka hanya menerima 11 peratus lebih rendah dari pekerja Semenanjung.

Azizah Permatang Pauh“Langkah kerajaan hanya meningkatkan gaji minima penjawat awam kepada RM1,200 melibatkan 60,000 penjawat awam iaitu 3.75 peratus.

“Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) agak kecewa apabila proses merangkakan Bajet 2016, perbincangan pihak berkepentingan seperti disebut dalam Majlis Perundingan Gaji Nasional sepatutnya secara tiga pihak nampaknya menjadi unilateral,” katanya di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Selain itu, faktor pekerja asing berkemahiran rendah dianggarkan hampir empat juta tanpa permit dengan aliran wang keluar RM30 billion setahun juga menekan tangga gaji ke bawah.

Menyentuh perihal kebajikan pekerja, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menjelaskan, kegagalan kerajaan melaksakanakan Insuran Pengangguran sejak 2012 tidak memberikan erti kepada pencapaian golongan pekerja.

“Bukankah perlu ada perbincangan dengan semua pihak berkepentingan agar pembayaran bulanan skim insurans oleh pekerja adil dan memberikan perlindungan yang sewajarnya?

“Sebaliknya, perlumbaan ahli perniagaan tertentu jadi ejen dalam mengurus sistem komputer daftar pekerja asing, nampaknya menjadi tumpuan utama Kementerian Dalam Negeri (KDN),” katanya lagi.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.