Categories
SELANGOR

Peruntukan pelancongan meningkat kepada RM7.75 juta

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 30 OKT : Peruntukan Belanjawan Selangor 2016 bagi sektor pelancongan di negeri itu dicadang meningkat kepada RM7.75 juta setahun.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata ia bagi mempromosikan acara pelancongan, memajukan industri kraftangan dan produk untuk menarik lebih ramai pengunjung dari dalam dan luar negara.

“Pelancongan antara sumber pemacu pertumbuhan ekonomi negeri dengan anggaran 7.35 juta pelancong melawat Selangor dalam bentuk ‘tourism dollars’ pada 2016.

“Sehubungan itu, Kerajaan Negeri mengambil ketetapan untuk menambah peruntukan pelancongan dalam Belanjawan 2016,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2016 di Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.

KELIP-KELIPPada masa sama, Mohamed Azmin berkata, Kerajaan Negeri turut membelanjakan sejumlah RM1.35 juta bagi menaik taraf Pusat Pelancongan Kelip-Kelip, prasarana di pantai dan pembelian trem di Bukit Melawati.

Beliau berkata, Selangor juga berhasrat menjadikan Permatang Kuarza Gombak Selangor (PKGS) sebagai Tapak Warisan Negara dan Dunia.

“Alam semulajadi mempunyai potensi besar dalam sektor pelancongan seperti PKGS sebagai permatang kuarza terpanjang di dunia sekali gus menarik pelancong dari dalam dan luar negeri,” katanya.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.