Categories
SELANGOR

Industri aero angkasa, automatif berteknologi tinggi bakal di Serendah

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 30 OKT: Menyedari kepentingan pelaburan berteknologi tinggi untuk meningkatkan produktiviti, Kerajaan Negeri melantik Invest Selangor sebagai pemudah cara kepada pelabur dalam mempromosikan Selangor sebagai destinasi pelaburan dan hub perdagangan global.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata ia mampu mencipta pertumbuhan baru selain menyokong aktiviti perkilangan dan perkembangan sektor perkhidmatan.

Belanjawan 2016 NESTLEKatanya, galakan pelaburan itu juga mempunyai kesan gandaan untuk membantu industri lain.

“Sebagai contoh; Serendah berpotensi menjadi kawasan perindustrian khusus untuk industri aero angkasa, automotif dan lain-lain industri berteknologi tinggi.

“Usaha ini merancakkan lagi pembangunan di daerah Hulu Selangor,” katanya dalam pembentangan Belanjawan Negeri 2016, di DNS, hari ini.

Selain itu, katanya, UMW Corporation dengan kerjasama Rolls Royce bakal membangunkan sebuah kilang pengeluaran ‘Fan Case’ berteknologi tinggi di atas tanah berkeluasan 20 ekar di Serendah dengan nilai pelaburan sebanyak RM830 juta.

Katanya, produk ‘Fan Case’ merupakan komponen enjin pesawat Boeing dan Airbus dan mampu menyediakan peluang pekerjaan 200 ang berkemahiran tinggi dan separuh mahir.

“Pengeluaran pertama produk ini dijangka Oktober 2017,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.