Categories
SELANGOR

Piala Malaysia: PKNS FC tekad ke suku akhir selepas tewaskan Pahang

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 19 OKT: Kejayaan menundukkan Pahang menguatkan semangat PKNS FC meneruskan kecemerlangan dalam perlawanan seterusnya bagi melayakkan diri ke suku akhir Piala Malaysia tahun ini.

Pengurusnya, Mahfizul Rasydin Abdul Rashid, berkata ia tidak melekakan pasukan dengan kemenangan dicatatkan ketika berdepan juara bertahan pasti meningkatkan keyakinan pemain selepas ini.

PKNS_FC“Seharus PKNS FC mencipta kemenangan dalam perlawanan menentang Pulau Pinang dan PDRM selepas ini bagi menjamin tempat ke suku akhir Piala Malaysia.

“Pasukan tidak harus cepat berpuas hati dengan pencapaian sekarang dan perlu bekerja kuat bagi mencapai sasaran itu,” katanya kepada Selangor Kini.

Mengulas kemenangan diraih di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada 17 Oktober lalu, beliau berkata, pengurusan mengkaji corak permainan skuad Tok Gajah dan merangka beberapa strategi dan taktikal yang ternyata menjadi.

Katanya, berdasarkan kelemahan terdahulu pasukan mempertingkatkan latihan untuk mendapatkan penyudahan berkesan.

“Pasukan beraksi cemerlang dengan corak permainan bertahan dan menyerang yang membuahkan hasil hingga mencatat kemenangan selesa empat gol.

“Keadaan sebaliknya berlaku kepada pasukan lawan dan apabila mendahului PKNS FC berupaya mengekal kelebihan hingga tamat permainan,” katanya.

PKNS FC berjaya menebus kehampaan tewas dalam perlawanan awal apabila mengalahkan Pahang 4 – 1 untuk memintas pasukan itu dalam kedudukan teratas Kumpulan D dengan tujuh mata.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.