Categories
NASIONAL

PM enggan jawab soalan, MP Seremban nyaris ‘direhatkan’

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 19 OKT: Loke Siew Fook (DAP-Seremban) nyaris diarahkan keluar dari Dewan Rakyat apabila beliau mempertikaikan keengganan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (BN-Pekan) menjawab soalan beliau mengenai isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan.

Sebaliknya, Najib yang juga Menteri Kewangan menyerahkan kepada Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong menjawab soalan bagi pihak beliau.

PARLIMENSiew Fook berkata, Najib sepatutnya menjawab sendiri soalan itu berikutan beliau sendiri berada di Dewan Rakyat hari ini dan bukan menyerahkan kepada Timbalannya, Chua Tee Yong (BN-Labis).

“Tuan Speaker, Menteri sendiri berada di dalam dewan ini tetapi mengapa tak mahu jawab dan serah kepada Timbalannya,” kata Siew Fook.

Bagaimanapun kenyataan Siew Fook disanggah Pandikar dengan alasan tiada peraturan yang menyekat Timbalan menjawab bagi pihak Menteri.

Siew Fook yang tidak berpuashati dengan penjelasan Pandikar, bagaimanapun berkata, Najib yang juga Perdana Menteri sepatutnya lebih bersikap ‘gentleman’ dan bertanggungjawab menjawab memandangkan soalan itu ditujukan kepada beliau.

Kata-kata Siew Fook itu menyebabkan Pandikar berang dan mengarahkan Siew Fook duduk sambil memberi kata dua untuk ‘direhatkan’ sekiranya beliau terus berdegil.

Tidak cukup dengan itu, ketika memberi amaran agar tiada Ahli Parlimen lain membangkitkan isu itu, Pandikar turut tidak membenarkan Siew Fook turut memberikan soalan tambahan.

Ahli Parlimen Kota Kinabalu yang diberikan laluan untuk bertanyakan soalan tambahan turut menerima tempias kemarahan Pandikar kerana membangkitkan isu sama.

Tidak berapa lama selepas itu, Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng (DAP) ketika menyoal soalan tambahan mengenai isu alam sekitar turut mengambil kesempatan menyindir Najib.

“Tahniah Santubong kerana menjawab sendiri soalan ini,” kata beliau.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.