Categories
NASIONAL

Potong peruntukan pendidikan halang lahir modal insan berkualiti

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 29 OKT: Hasrat negara untuk melahirkan modal insan berkualiti dan berilmu sukar dicapai apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memotong peruntukan biasiswa, dermasiswa dan bantuan pelajaran iaitu RM812 juta atau 23 peratus berbanding 2015.

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, berkata 2015 Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM3.45 bilion berbanding 2016 iaitu RM2,64 bilion.

PENDIDIKAN GRAFIK“Bajet 2016 mengundang kontroversi apabila Najib memotong peruntukan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) iaitu RM1.4 bilion dengan Universiti Malaya (UM) mengalami potongan terbesar iaitu 27 peratus berbanding peruntukan 2015.

“Ini bermakna potongan kepada pengajian tinggi iaitu peruntukan kepada IPTA dan dermasiswa, biasiswa dan bantuan pelajaran mencecah RM2.2 bilion dalam Belanjawan 2016 yang memberi kesan ratusan ribu keluarga,” kata Rafizi.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Lobi Parlimen di sini, hari ini.

Tambah Rafizi, malangnya pada masa sama, perbelanjaan mengurus lain terus meningkat termasuk tuntutan insurans dan pampasan serta bayaran faedah, dividen dan hutang negara.

Tuntutan insurans dan pampasan meningkat tujuh peratus kepada RM1.18 bilion dan faedah, dividen dan bayaran hutang negara pula meningkat kepada RM32.46 bilion atau 20 peratus berbanding 2015.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.