Categories
SELANGOR

RM4 juta taja pelajar tercicir, RM1.5 juta tingkat kebolehpasaran graduan

Oleh : AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 30 NOV: Kerajaan Negeri memperuntukkan RM4 juta untuk meluaskan penajaan program kemahiran di Kolej Antarabangsa INPENS bertujuan membantu pelajar tercicir mendapat tempat di institut pengajian tinggi (IPT) dalam bidang kemahiran.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata Kerajaan Negeri memperkenalkan program Boot Camp bertujuan melatih dan meningkatkan kemahiran graduan.

Katanya, program itu sudah diuji dan terbukti keberkesanannya di negara maju.

PENDIDIKAN GRAFIK“Kita berhasrat membina sistem pendidikan sehingga pencapaian kerjaya. Dalam usaha mencapai taraf Smart State, tahap dan kualiti tenaga kerja merupakan pertimbangan penting.

“Boot Camp dapat menyediakan graduan kita dengan soft skills dan kemahiran meningkatkan kebolehpasaran mereka mendapat pekerjaan,” katanya.

Bagi meningkatkan kebolehpasaran menghadapi dunia pekerjaan, Kerajaan Negeri memperkenalkan Program Peningkatan Kebolehpasaran Graduan dengan kos sebanyak RM 1.5 juta.

Menerusi program itu, graduan dapat mengikuti pelbagai kursus pendek seperti menghadapi temuduga, pengucapan awam dan pengurusan projek.

Leave a Reply

Your email address will not be published.