Categories
SELANGOR

RM50,000 untuk NGO perlindungan wanita, kanak-kanak

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 30 OKT : Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyediakan khidmat intervensi krisis dan kesedaran awam melindungi wanita serta kanak-kanak bakal menerima dana sejumlah RM50,000 daripada Kerajaan Negeri.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata ia bagi menghargai usaha NGO dalam membantu mangsa keganasan domestik lebih 30 tahun lalu.

Bajet 2016 WanitaKatanya Kerajaan Negeri memandang serius isu keganasan domestik yang dilaporkan sebanyak 657 kes di Selangor pada 2014.

“Kerajaan Negeri menggesa semua pihak, pemimpin dan organisasi untuk memastikan kes ini dihentikan dan ditangani serta-merta.

“Maka, Kerajaan Negeri bercadang menyediakan bantuan dana kepada NGO yang menyediakan khidmat perlindungan wanita dan kanak-kanak seperti kempen “He for She” yang dilancarkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam pembentangan Belanjawan Selangor 2016 di Dewan Negeri Selangor (DNS), hari ini.

Pada masa sama, Mohamed Azmin juga memuji usaha Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS) sebagai penyelaras Rumah Kebajikan Puteri Arafiah di Shah Alam bagi melindungi remaja bermasalah.

“Tidak dilupakan, usaha Lembaga Swadaya Masyarakat seperti Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) untuk membantu mangsa keganasan domestik selama lebih 30 tahun amat dihargai Kerajaan Negeri,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.