Categories
SELANGOR

RM40.48 juta revolusi pembangunan desa dan luar bandar

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 30 OKT: Sejumlah RM40.48 juta diperuntukkan bagi merevolusikan pembangunan desa dan luar bandar, umum Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

Beliau yang juga Adun Bukit Antarabangsa (PKR) berkata jumlah itu meliputi RM10 juta bagi kerja naik taraf dan baik pulih jalan kampung dan RM5 juta untuk kemudahan asas desa termasuk membaik pulih dan membina balai raya serta jambatan.

Katanya, RM5.65 juta pula diperuntukkan untuk program pembangunan ekonomi nelayan, petani dan penternak selain RM5 juta lagi untuk pembangunan kampung baru.

“Kerajaan Negeri komited untuk menyuntik dinamisme ekonomi, sosial dan infrastruktur di luar bandar,” katanya di Dewan Negeri Selangor (DNS) petang ini.

Pada masa sama, Mohamed Azmin berkata RM26 juta diperuntukkan pada 2016, merangkumi RM18 juta untuk Jabatan Pertanian dan RM8 juta untuk Jabatan Veterinar.

“Kerajaan Negeri akan mempertingkatkan lagi kualiti dan tahap program pertanian dilaksanakan Jabatan Pertanian bagi mengarah kepada penggunaan teknologi moden dengan lebih agresif.

“Tumpuan juga diberi kepada penglibatan generasi muda yang beriltizam dan berpengetahuan menerusi Program Agro Generasi Muda Selangor (Agrogems),” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.