Categories
SELANGOR

Segera bina Hospital Kapar, bentang dalam Bajet 2016

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 4 OKT: Kerajaan Negeri berharap cadangan pembinaan Hospital Kapar diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2016,

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Keluarga dan Wanita, Dr Daroyah Alwi, berkata Kerajaan Persekutuan perlu melaksankannya kerana pembinaan hospital itu menjadi keperluan mendesak.

pc dr daroyah 1“Sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu, pembinaan Hospital Kapar antara akujanji Barisan Nasional di Selangor. Mereka tak boleh mengabaikan keperluan ini kerana Hospital Tengku Ampuan Rahimah sudah terlalu sesak.

“Masyarakat di Sabak Bernam, Tanjung Karang, Shah Alam, Klang, Kapar dan Pelabuhan Klang tertumpu kepada hospital itu,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.

Dr Daroyah melahirkan kekecewaan terhadap keputusan kerajaan yang tidak memasukan cadangan pembinaan Hospital Kapar dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11).

hospital tanjong karang 02“Dalam RMK-10, ada dimasukkan tapi tidak dilaksanakan, namun ia tiada langsung dalam RMK-11. Sampai bila kesihatan rakyat dipolitikkan, bahkan sudah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk melaksanakan,” katanya.

Kerajaan Negeri sebelum ini sudah menyediakan tanah seluas 50 ekar untuk projek berkenaan, bahkan perbincangan terperinci sudah diadakan bersama pegawai kementerian dan Jabatan Perdana Menteri (JPM), namun sehingga kini ia masih tiada kerjasama dari Kerajaan Persekutuan.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.