Categories
SELANGOR

“Selangor Homemaker” sedia waktu kerja anjal

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 3O OKT: Program Suri Rumah Selangor diperkenalkan bagi memberi peluang kepada wanita profesional untuk memohon waktu bekerja secara anjal atau dari rumah.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata ia bagi membendung kehilangan bakat dan keupayaan wanita dalam sektor tenaga kerja mahir.

“Menjadi trend masa kini, wanita muda berkerjaya dan berkeluarga terpaksa meninggalkan pekerjaan demi keluarga.

Bajet 2016 Affordable“Kerajaan Negeri menghargai pengorbanan wanita dalam membina institusi keluarga, namun tidak mahu bakat dan sumber daya mereka disia-siakan,” katanya dalam pembentangan Belanjawan Selangor 2016 di Dewan Negeri Selangor (DNS), hari ini.

Untuk menyokong usaha itu, Mohamed Azmin terdahulu berkata, Kerajaan Selangor bakal menyediakan kemudahan wifi percuma dengan prasarana 2,500 hotspot sebagai sokongan membantu wanita bekerja dari rumah.

Pada masa sama, katanya, Kerajaan Negeri mencadangkan supaya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengkaji garis panduan pembangunan sedia ada untuk memastikan pusat jagaan anak-anak disediakan.

Beliau berkata, tumpuan diberikan kepada kawasan perumahan mampu milik dan kos rendah.

“Sebagai kerajaan peduli rakyat, kita mahu melihat lebih banyak pusat penjagaan anak-anak didirikan di kawasan perumahan mampu milik dengan prasarana lengkap bagi membolehkan anak kita diasuh dengan selamat dan sempurna,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.