Categories
SELANGOR

Selfiesta’15 martabat Shah Alam jadi Kota Seni

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 25 OKT: Penganjuran Festival Seni Selangor 2015 (Selfiesta’15) selama dua hari dilihat mampu mengangkat kepelbagaian ekspresi seni dalam usaha memartabatkan Shah Alam sebagai Kota Seni.

Pengurus Besar PKNS Real Estate Sdn BHD (PREC), Fakru Radzi Ab Ghani, berkata Selfiesta’15 yang julung kali diadakan itu bertujuan menyokong perkembangan seni daripada pelbagai penggerak seni muda tempatan.

“Selfiesta’15 merupakan cetusan idea bersama-sama Kerajaan Negeri. Ia bertepatan dengan visi Selangor dalam ranah seni budaya.

kompang 4“Oleh itu, kami bertindak menganjurkan pesta ini bagi mengangkat kepelbagaian ekspresi seni dan membawa seni terus kepada masyarakat supaya dapat dinikmati semua,” katanya kepada Selangor Kini.

Fakru Radzi berkata pelbagai aktiviti menarik diadakan antaranya seni lukis, seni persembahan, seni bina, seni muzik dan seni mempertahankan diri dianjurkan.

“Pesta seni ini juga menampilkan beberapa ikon seperti sasterawan negara, Dr Zurinah Hassan; Pelakon Zain Ruffedge dan Rita Rudiani serta perunding mempertahankan diri Master, Saiful Hamirizzaman dan pelukis potret, Fatah Syukri,” katanya.

Beliau berkata selain aktiviti hiburan, turut diadakan Wayang Pacak dengan Filem terbaru ‘Love Supermoon’ dipertontonkan.

SelFiesta 3 (Battle)“Sebanyak 20 gerai pameran yang menampilkan karya pelajar tahun akhir Fakulti Seni Bina Perancangan Ukur (FSPU), Universiti Teknologi Mara (UITM) bagi menyokong pembangunan kapasiti pelajar serta ruang niaga untuk usahawan muda,” katanya.

Aktiviti lain, pertandingan kompang membabitkan 10 kumpulan dan 13 kumpulan buskers berentap.

Pameran seni arca dan figura juga dihiaskan di sekitar SACC Mall.

Penganjuran selama dua hari di SACC Mall bermula 24 hingga 25 Oktober itu turut menyediakan lima trak makanan bagi peminat makanan.

Antaranya Onepresso, Food Expreas by Sistalicious, 2GoCoffee, WesternJamz dan Mr Crepes Truck.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.