Categories
SELANGOR

Shah Alam jadi Bandar Fesyen Islam Antarabangsa

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 30 OKT: Selangor merayakan fesyen yang menampilkan kepelbagaian indentiti dan kosmopolitanisme dunia Islam dengan membangunkan Shah Alam sebagai World Muslim Fashion City atau Bandar Fesyen Islam Antarabangsa.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata langkah itu diambil ekoran Selangor perlu mengambil peluang dari gejala fashionista “the rise and rise of Muslim fashion industry.”

Bajet 2016 Seni“Ledakan saiz golongan kelas menengah Islam dan keyakinan beragama mencetuskan gerakan trend fesyen kepribumian, hijabista dan pakaian sukan wanita yang sopan.

“Melalui inisiatif ini, kita yakin Shah Alam bakal masyhur sebagai pusat fesyen umat Islam di peringkat nasional dan antarabangsa,” kata beliau semasa membentangkan Belanjawan Selangor 2016 di Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini, hari ini.

Mohamed Azmin turut yakin rancangan itu memberi impak positif terhadap kesan ekonomi ekoran ledakan saiz golongan kelas menengah Islam dan keyakinan beragama mencetuskan gerakan trend fesyen kepribumian, hijabista dan pakaian sukan wanita sopan.

Selain memberi kesan terhadap ekonomi khususnya dalam perniagaan tekstil di Selangor, langkah ini juga membina kesedaran dan galakan kepada masyarakat Islam di negeri itu berpakaian sopan tetapi bersesuaian dengan aktiviti dijalankan termasuk ketika bersukan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.