Categories
SELANGOR

Sultan Selangor rasmi menara Top Glove

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 1 OKT : DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan merasmikan bangunan pejabat korporat Top Glove di Setia Alam, hari ini.

Terletak di atas tapak seluas dua ekar, menara Top Glove setinggi 23 tingkat itu adalah bangunan pejabat serta komersial Gred A yang menepati Indeks Bangunan Hijau (IBH) bertaraf Emas.

SULTAN TOP GLOVEDireka untuk mengoptimumkan kecekapan tenaga, ia turut memiliki ciri rekaan hijau lain seperti tingkap kaca yang mengehadkan penembusan cahaya dan penebatan haba, serta panel fotovolta bagi memanfaatkan kuasa solar.

Hadir sama, Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, Pengerusi Top Glove, Tan Sri Lim Wee Chai dan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia, Datuk Seri Douglas Uggah
Embas.

Sementara itu, Wee Chai dalam ucapannya, berkata menara itu menjadi kebanggan mereka sebagai syarikat pengeluar sarung tangan terbesar dunia.

Katanya syarikat itu juga berhasrat membina lebih banyak kilang dan mesin berteknologi tinggi pada masa akan datang untuk mengembangkan perniagaan sarung tangan di seluruh dunia.

Tan Sri Lim Wee Chai“Matlamat kami adalah mewujudkan pusat pejabat korporat bagi menempatkan kakitangan pengurusan ke arah meningkatkan kualiti, komunikasi dan kecekapan operasi.

“Kami juga komited melonjakkan Shah Alam ke tahap lebih tinggi dan bertindak sebagai pelengkap kepada pembangunan bandar baru Setia Alam,” katanya.

Top Glove adalah pengeluar sarung tangan getah terbesar dunia dengan memiliki lebih 2,000 pelanggan di seluruh dunia.

Syarikat itu juga mengeksport sarung tangan ke lebih daripada 195 negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published.