Categories
NASIONAL

TPPA gugat kedaulatan negara

Oleh: AFIX REDZUAN

PETALING JAYA, 14 OKT: Rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) boleh menggugat kedaulatan negara jika Malaysia bersetuju menandatangani bersama 11 negara lain.

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, berkata banyak keputusan boleh dicabar negara luar sekiranya tidak menguntungkan mereka.

tppa“Kedaulatan negara akan tercabar. Beberapa keputusan dibuat misalnya mahkamah juga boleh dicabar.

“Ini akan memberikan cabaran dan implikasi kepada kedaulatan negara,” katanya.

Selaku panelis dalam forum ‘TPPA: Malaysia Dijual?’ anjuran Gabungan Rakyat Merdeka beliau berkata ketiadaan butiran penuh perjanjian menyukarkan ramai pihak mengkaji lebih terperinci.

Beliau menegaskan, butiran perjanjian perlu diterjemahkan dalam Bahasa Malaysia untuk diakses kepada umum.

“Butiran TPPA dijangkakan mempunyai hampir 3,000 muka surat,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.