Categories
NASIONAL

Jawatankuasa Pilihan Parlimen patut wujud bincang TPPA

Oleh: AFIX REDZUAN

PETALING JAYA, 14 OKT: Kerajaan Persekutuan perlu mewujudkan Jawatankuasa Pilihan Parlimen berkaitan perdagangan bagi membolehkan urusan perdagangan dibincangkan khusus.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, berkata ketiadaan jawatankuasa itu menyebabkan banyak perjanjian perdagangan hanya diketahui selepas dibahaskan dan diluluskan di Dewan Rakyat.

TPPA IzzahKatanya, penubuhan itu penting terutama apabila mendepani situasi kerajaan kini yang sedang berbincang mengenai rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Tambahan pula, Ahli Parlimen Barisan Nasional kini mula sedar mengenai implikasi TPPA selepas ia menjadi bualan hangat mutakhir ini.

“Kita tiada jawatankuasa pilihan Parlimen berkaitan perdagangan.

“Kekurangan dan kelemahan mengakibatkan kita tiada kuasa dalam menandatangani sesuatu perjanjian.

“Bila cakap pasal TPPA yang memberikan impak ekonomi melibatkan 12 negara, buat kali pertama ada minat dari Ahli Parlimen BN,” katanya dalam forum ‘TPPA: Malaysia Dijual?’ anjuran Gabungan Rakyat Merdeka.

Beliau yang juga Pengasas Kaucus Parlimen TPPA berkata, sebelum ini berlangsungnya 14 pertemuan bersama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) namun sebagai Ahli Parlimen mereka tidak mendapat akses sepenuhnya terhadap butiran perjanjian.

TPPA IZZAH2Sebaliknya beberapa perkara berkaitan perjanjian hanya melalui ‘ura-ura’ yang dilakukan menteri.

Jelasnya, perjanjian TPPA bukan berkait dengan soal perdagangan semata-mata.

“Bila kita hilang ruang untuk menggubal dasar, kita kena tengok impak perjanjian. Ini bukan isu import-export semata-mata,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.