Categories
NASIONAL

100 terbunuh dalam serangan pengganas di Paris

SHAH ALAM, 14 NOV: Paris terjejas ekoran kejadian tembakan dan serangan pengganas hingga menyebabkan kira-kira 100 terkorban dalam tragedi yang berlaku di luar stadium sukan utama kota itu, malam tadi.

Presiden Perancis, François Hollande, berkata pihaknya sudah mengeluarkan arahan supaya pintu sempadan ditutup dan tentera digerakkan ekoran keadaan kecemasan yang melanda kota terkenal dunia itu.

Medics stand by victims in a Paris restaurant, Friday, Nov. 13, 2015. Police officials in France on Friday reported a shootout in a Paris restaurant and an explosion in a bar near a Paris stadium. It was unclear if the events were linked. (AP Photo/Thibault Camus)

Lapoan berita televisyen Perancis melaporkan terdapat individu yang menjadi tebusan dan serangan dilihat disasarkan di luar stadium ekoran terdapat konsert di dalamnya serta dijangka sasaran turut membabitkan lima lokasi lain di bandar berkenaan.

Memetik The New York Times, saksi berkata, ambulan dilihat berulang-alik ke lokasi pembunuhan beramai-ramai itu dan ada yang mendakwa ia berkaitan dengan kejadian Charlie Hebdo iaitu serangan membabitkan pelampau militan Islam di negara itu, kurang setahun lalu.

Terdahulu, Hollande berkata, kejadian letupan itu dilakukan pengebom berani mati dan disebabkan serangan dilakukan secara pantas, maka beliau mengadakan mesyuarat kabinet khas sebelum mengumumkan sempadan ditutup.

“Serangan pengganas seperti ini belum pernah berlaku di kawasan Paris hingga menyebabkan ramai terkorban dan cedera. Ia adalah kejadian yang amat mengerikan.

Paris-shooting“Saya sudah menggerakkan semua pihak untuk bertindak ke atas ancaman pengganas dan memastikan keselamatan di semua kawasan,” katanya,

Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama turut menyatakan perpaduan dan menawarkan bantuan serta merakamkan ucapan takziah atas tragedi terbabit,

“Sekali lagi, kita melihat kejadian keganasan yang keterlaluan di kawasan orang awam yang tidak bersalah. Ini adalah satu serangan yang bukan sahaja di Paris tetapi ke atas semua masyarakat dunia kerana kita berkongsi nilai sejagat,” katanya,

Tidak ada pihak yang mengaku bertanggungjawab tetapi banyak laporan di Twitter mendakwa kejadian itu berkaitan dengan kumpulan pelampau yang berpangkalan di Syria dan Iraq.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.