Categories
SELANGOR

1,850 asnaf terima bantuan pendidikan LZS

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 29 NOV : Seramai 1,850 asnaf fakir dan miskin dari tiga daerah menerima bantuan pendidikan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS).

LZS dalam posting di Facebook berkata, bantuan itu adalah bagi sesi persekolahan anak asnaf pada 2016 di daerah Petaling, Kuala Selangor dan Hulu Langat.

LZS BANTUAN“Seramai 652 asnaf fakir dan miskin di daerah Petaling menerima bantuan pendidikan RM854,920, manakala 784 penerima di Kuala Selangor dengan agihan RM691,800 dan 414 asnaf fakir miskin di Hulu Langat dengan agihan RM354,850.

“Semoga bantuan pendidikan ini memberi suntikan semangat kepada anak asnaf untuk terus komited dalam menuntut ilmu,” katanya.

Majlis penyerahan diadakan serentak di kawasan masing-masing pada 26 November lalu.

LZS turut menyediakan bantuan pendidikan bagi pengajian tinggi sebaik sahaja mereka menerima tawaran melanjutkan pelajaran.

Bantuan pendidikan itu berjumlah antara RM20,000 hingga RM30,000 bagi mereka yang akan melanjutkan pengajian di dalam dan luar negara.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.