Categories
SELANGOR

33 tebatan banjir dibina elak bencana berulang

Oleh : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 20 NOV: Sebanyak 33 projek tebatan banjir akan dibina bagi mengatasi masalah banjir di beberapa daerah dalam tempoh lima tahun akan datang.

Exco Infrastruktur Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib, berkata projek terbabit dijangka dapat mengatasi masalah banjir termasuk banjir kilat.

zaidyKatanya, jawatankuasa khas banjir dilantik untuk mencari alternatif mengatasi masalah itu terutamanya empat daerah membabitkan Klang, Hulu Langat, Gombak dan Petaling.

“Kerajaan Negeri mengambil langkah ini selepas berbincang dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan beberapa agensi lain berkaitan supaya masalah banjir dapat diatasi khususnya di kawasan Klang, Hulu Langat, Gombak dan Petaling,” katanya kepada pemberita.

Berdasarkan maklumat dari Jabatan Meterologi Malaysia (MetMalaysia), taburan hujan di Selangor pada tahun ini luar biasa berbanding tahun lalu.

Pada November tahun lalu, kadar taburan hujan adalah 120mm sehingga 250 mm dan kadar taburan hujan itu mencecah kepada 320mm pada November tahun ini.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.