Categories
NASIONAL

Afdlin Shauki, netizen kecam KKM banteras jualan cecair nekotin vape

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 6 NOV: Tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mahu membanteras penjualan cecair nikotin tanpa lesen untuk rokok elektronik(vape) dikecam orang ramai.

Penerbit dan Pengarah terkenal, Afdlin Shauki dalam satu perkongisan Facebook mempersoalkan sama ada keputusan berkenaan dibuat berdasarkan hujah yang relevan.

vape Katanya, kebanyakan kajian saintifik seluruh dunia menunjukkan menghisap rokok adalah 95 peratus lebih bahaya daripada vape.

“KKM, dari mana kamu peroleh fakta kamu dan kenapa tiada budi bicara sebelum sebarang tindakan.

“Adakah kamu mahu bekas perokok kembali merokok sedangkan itu lebih bahaya dari vape.

“Nampaknya kamu mahu mendengar apa yang kamu mahu dengar sahaja,” katanya dalam satu status yang turut memuatkan perkongsian video British Broadcasting Company (BBC) berhubung kajian vape.

Beliau juga membangkitkan isu ‘double standard’ terhadap penggunaan nikotin dalam bahan selain vape.

vape2“Jika nikotin menjadi isu, mengapa tidak haramkan rokok serta sayuran bernikotin seperti tomato, terung dan banyak lagi,” soalnya.

Pada 5 November lalu, Menteri Kesihatan, Datuk S Subramaniam berkata kerajaan akan merampas rokok mengandungi cecair nikotin jika dijual tanpa lesen.

Terdahulu, Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin turut mempersoalkan sikap pihak yang begitu tegas terhadap penggunaan vape tetapi tidak kepada rokok.

Katanya, agak menghairankan apabila pengharaman rokok dilupakan kerana fatwa pengharamannya hampir sepakat dan jelas, manakala vape setakat ini hanya ‘kelihatan’ haram.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.