Categories
NASIONAL

Ahli Parlimen sifatkan Umno lari kerana takut

Oleh: HAFIZAN TAIB

KUALA LUMPUR, 25 NOV: Wujud kepincangan dalam Umno apabila dikatakan Timbalan Presidennya tidak akan merasmikan perhimpunan agung Pemuda, Wanita dan Puteri parti itu dijadualkan diadakan bulan depan.

Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Halim, jika itu berlaku, maka Umno memaparkan gambaran berlawanan terhadap apa didakwa selama ini.

abdullah sani“Ia tidak seperti yang mereka katakan iaitu berani kerana benar dan lari kerana takut. Inilah falsafah dilihat berlaku di dalam Umno sekarang,” katanya kepada Selangor Kini, di lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Beliau berkata, Timbalan Presiden mempunyai kapasiti bagi merasmikan perhimpuan agung ketiga-tiga sayap parti itu secara tradisi ketika dirinya menganggotai Umno dahulu.

Katanya, jelas berlaku kepincangan dalam tradisi yang dilanggari kepimpinan Umno pada masa ini jika dakwaan itu benar.

“Mengapa harus takut membenarkan Timbalan Presiden merasmikan perhimpuan agung Pemuda, Wanita dan Puteri?

umno-retak“Saya tidak boleh komen jauh kerana bukan ahli Umno tetapi apa yang jelas perkara ini tidak pernah berlaku sebelum ini,” katanya yang bersimpati dengan nasib menimpa Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya, tindakan itu memperlihatkan Umno membelakangkan suara akar umbi yang mahu Timbalan Presiden berperanan di dalam parti terbesar negara itu.

Laporan media menyatakan Presiden Umno yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan mesyuarat Majlis Tertinggi parti membenarkan Ketua Pemuda, Wanita dan Puteri merasmikan perhimpunan agung mereka sendiri kali ini.

Ia memecah tradisi kerana sebelumnya hanya dirasmikan Timbalan Presiden parti.

Pada Julai lalu, Muhyiddin dipecat selaku Timbalan Perdana Menteri dan digantikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.